Mar 9, 2009

Yaumul Ihtifal Al-Irsyad Kuantan

[Isu PPSMI sekarang ini hangat diperkatakan. Sebagai menyokong usaha memartabatkan BM, blog ini telah dialihbahasa kepada bahasa ibunda. Teringat tour guide di HK menyatakan semenjak HK diserah kembali kepada China, bahasa utama di sekolah ditukar kepada Mandarin dan Kantonis diikuti BI. Sebelum itu, BI menjadi bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah.
Ada lagi hujah yang menentang PPSMI - tertarik dengan kenyataan bahawa perlukah Sains dan Matematik menjadi sesuatu yang asing seperti 'asing'nya BI dalam kehidupan anak-anak terutama di luar bandar....? ]




Mujahid & Umar dapat hadiah Pelajar Berpotensi tahun 2008. Rupanya, kriterianya ialah untuk pelajar yang dapat markah 85% ke atas. Bagus juga, selain meramaikan mak ayah yang datang Yaumul Ihtifal ni, taklah hanya top 3 dalam kelas yang dapat hadiah saban tahun. Macam kelas Mujahid, almost pelajar yang sama aje 'conquer' top 3.



Umar masuk nasyid lagu Arab. Nampak Umar dan kawan2 buat gaya macam ayam. Gelihati juga walaupun Umi tak faham lirik lagu tu. :)


Tahniah anak2. Umi dan Abi bersyukur dan tumpang gembira.

No comments: