
Kawan Umi, auntie Nor ajak join kelas buat bun @ Kolej Komuniti Kuantan last weekend.
Sebenarnya, ma*** nak pergi tetapi kuatkan hati jugak sebab bila lagi peluang nak belajar. Yuran pun berpatutan RM 20 aje. Yuran termasuk sarapan/brunch yang sedap. tak perlu bawa apa-apa barang, dan boleh bawa balik apa yang kita masak.
Atas tu group belajar kami...cikgu is the one in pink.
Atas tu group belajar kami...cikgu is the one in pink.
Ada 6 jenis bun lah yang kitorang belajar...tau sar bun, stolen red bean bun, butterfly red bean bun, ..pas tu sosej ada 2 jenis, sunflower and apa tah satu lagi..plus the normal round bun...

gambar di atas, sebelum bun2 tu dibakar dlm oven. kalau dah bakar, lagi cantik. dalam gambar tu, buns yang cikgu tu buat. yang kita buat, tak yahlah...tak de rupa..tak sempat amik gambar, bila dah siap, terus bawa balik dan makan...:P
pada awalnya, pergi course ni sebab nak cari cara pulang modal lepas beli convection oven tahun lepas. Rupanya, perlu buat budget beli mixer pulak... :)
so kesimpulan yang dibuat : rupanya kolej komuniti banyak kursus yang menarik, harga pun murah..jadi bolehlah sama-sama dimanfaatkan...
3 comments:
Wah, macam2 design lak bun ada tu. Nampak macam sedap je..hehehe, hantar le sket kat sini.
Lepeh ni bleh bukak kedai bun ah plak ye Fizi.
ameen. tapi kena bagi lepas makan sendiri dulu. ;)
wah fizi, nanti boleh belajar dari you pulak. yummy2 nampak bun tu.
Post a Comment