
Hari ni hari jadi Abah yang ke 61.
Rupanya Abah tengah sibuk, berpanas. Dia dengan pak cik & tok sedara ada kat tanah perkuburan. Ada kerja-kerja mengalih beberapa kubur untuk projek besarkan jalanraya.
Termasuk dalam kubur-kubur yang kena dialihkan ialah kubur moyang Umi.
Dalam telefon, Abah seperti biasa. Banyak cerita nak kongsi. Termasuk cerita Abah terlelap semasa bawa kereta dari johor ke KL lepas balik kenduri kahwin sepupu di Pontian, sabtu lepas. Alhamdulillah, tak jadi apa-apa....hari Ahadnya pula, drive balik semula ke kampung dari KL ke Perlis.
Walaupun jauh di utara, Abah tetap balik johor, just for the weekend, walaupun ini kenduri belah iparnya. Mak kata, kali ini ramai sungguh keluarga belah Johor berkumpul untuk kenduri kahwin - mengalahkan hari raya...ralatnya kita tak dapat balik... :(
Happy birthday Abah.
Really, really miss you.
No comments:
Post a Comment