
Hari Sabtu lepas, Abi dan Umi tak lepaskan peluang ke Konvensyen Keluarga Du'at di KL. Dah pernah hadir pengisian Pak Cahyadi di Sekolah Irsyad sebelum ni. Jadi, bila tau JIM Pusat nak panggil Pak Cahyadi datang, tak perlu fikir 2 kali - program ni kami MESTI hadir!
Alhamdulillah - perjalanan yang tidak sia-sia. Ni nota2 konvensyen yang Umi sempat catat...
1. Perkahwinan - Matlamatnya ke Syurga
Kita letakkan visi dalam rumahtangga. Kita nak bawa keluarga kita ke mana? Nak capai apa? Masalah2 yang dihadapi pasangan berkahwin lebih rendah nilainya berbanding ketinggian & kemuliaan matlamat suami & isteri; iaitu redha Allah dan syurgaNya...

2. Kita Dapat Apa yang Kita Cari
Untuk setiap perbuatan yang kita kerjakan, kita akan mendapat apa yang kita niatkan...Ada cerita orang yang 'terjumpa' pelacur di Tanah haram, tetapi ada orang yang pergi ke US, tapi tak terjumpa pelacur...kita akan berjumpa dengan apa yang kita cari...hmm, betul tu...dalam kata lain, kalau kita tidak mencari, insya Allah, kita susah nak berjumpa.
3. Cara Menyelesaikan masalah
Satu skill kehidupan yang penting ialah menyelesaikan masalah. Semua rumahtangga takkan lari dan sunyi dari masalah. Belajar menyelesaikan masalah adalah melalui pengalaman hidup. Menurut Pak Chah, langkah terakhir untuk menyelesaikan masalah adalah...Kita LUPAKAN saja! Cute. And True. Banyak sangat perkara dalam hard disk, yang lama pun diungkit2, yang tak ada kaitan pun dikait2...sehingga menjadi tak selesai2...
...tu je yang dapat dikongsi dulu.
Satu lagi plan asal ialah nak cari buku beliau yang fofular - Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri... :) Ni untuk Abi lah especially bila dah jadi weekend hasben nih...
Alhamdulillah, sebagai ganti, dapat beli satu buku tulisan Pak Chah - "Di Jalan Dakwah Ku Gapai Sakinah"....Sayangnya, tak sempat ambil autograf.
Alhamdulillah, sebagai ganti, dapat beli satu buku tulisan Pak Chah - "Di Jalan Dakwah Ku Gapai Sakinah"....Sayangnya, tak sempat ambil autograf.
Gambar masa konvensyen pun tak ambil.
Tapi ada gambar2 konvensyen kat blog brother Zairi dari Melaka.
5 comments:
Thank you... boleh share the tips & benefit all.
Thank you...really nice tips...kalau jumpa buku yang fofular tu, tolong belikan satu yer....TQ sis
terima kasih...sama2 mengingatkan...
btw aku ada htr msg kat Fb hang..sila balas!
k. jie : no prob. my pleasure :)
nwc : will remember! belum jumpa2 lai
halwafy: sudah balas dalam e-mail. bila nak sambung cerita umrah??
not for kidz right????(sapa cakap for kidz....)
Post a Comment