Sampai di hospital, kena register etc. Terasa attendant tu menolak kerusi roda extra laju bila Umi jawab soalan dia yang ini anak ke-5. :) mula-mula tu, dia relax je melayan kami.

Di bilik OT, Dr Siva (on-call Anaest) recommend guna GA. Umi terus setuju mengenangkan pengalaman epidural/spinal yang tak best masa lepas. Sekejap aje, duniaku terus kelam...
Ntah pukul berapa Umi sedar balik tapi masih kebas/lali...dapat tahu, baby keluar pukul 8.55am. Berat 3.7kg. Naib Johan, di belakang Umar (3.8kg) dan berat sikit dari Mujahid (3.6kg)...:) asalkan sihat, ye tak?
pukul 1 lebih agaknya baru dapat jumpa baby...tambahan injection morfin untuk menahan sakit, buat Umi rasa high dan kadang2 tiba-tiba tak sedar.
Alhamdulillah, kali ni proses kelahiran tak ada masalah. Dr Lee (pakar kanak-kanak) pun tengok, tak ada masalah jaundice ke etc...
Mungkin berkat do'a Abi, Cak & Embah serta makcik2 JIM yang Umi jumpa sehari sebelum tu untuk mesyuarat bersama negeri & daerah.
Abi yang sentiasa 'cool' menempiaskan ketenangan juga kepada Umi...
Abang2 dan kakak seronok menanti pertemuan dengan adik baru.
Cak dan embah pun dah tiba di Kuantan pada hari yang sama. Umi happy sangat! Alhamdulillah!
Hamza Akef - semoga menjadi anak yang soleh, ikhlas dan berani memperjuangkan kebenaran. Semoga Allah memberi petunjuk kepada Abi dan Umi dalam mendidik dan menjaga amanah yang telah bertambah ini...
5 comments:
Alhamdulillah... Can't wait to meet him!!! Amek gambo byk2 ek.. And btau Hamza Akef utk tunggu kepulangan Cik Wa dia.. Hehehe.. Lots of love!!!
Alhamdulillah, semua selamat!! Tahniah Fizi..wah, memang hebat la..dah 5 dah ur batillion.
Yeaaaah! baby Hamza!!! tak sabar jugak nak jumpe! cute miyut!! we'll try get there insya'allah..take care & ENJOY! ;)
Fiza, tak leh nak call u sebab no hilang. Anyway congrats. sama2 lah kite ada 5 org anak, heheheh.
Wa: Hamza tunggu Cik Wa balik...!! cepat tau...nama "Akef" tu jgn tersalah sebut nama org tu pulak...:)
Along: bila balik sekolah, riuh! tapi pagi2 tu sunyi lah pulak...
Yan: so looking fwd to you coming over. Hamza nak jumpa Ayisha ni! 2009 babies get-together :)
SM: 5 dah ker? dok ingat 4 lagi...congrats to you too. :)
Post a Comment