Kempen di pilihanraya kecil DUN Tenang agak menarik. Isu yang sedang hangat ialah tentang calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang dikritik oleh Chua Soi Lek kerana tidak bersalam (tanpa alas/sarung tangan) dengan lelaki bukan muhrim.
Lega isu ini menjadi sesuatu yang diperkatakan. Ada faedahnya perkara ini di'letakkan di atas meja' terutama bagi orang Islam lelaki yang nak bersalam juga dengan wanita Islam dalam pertemuan-pertemuan mesyuarat, kenduri kendara dan sebagainya. Atas justifikasi perhubungan korporat atau mesra alam kononnya, kita memandang sinis dan malu alah mempertahankan agama dan buat donno sahaja amaran Nabi bahawa tangan (gatal) yang menyentuh kulit wanita bukan mahram akan dibakar api!
Inilah nasib agama & bangsa jika pemimpin atasan timur di kulit, tetapi barat di isi..
Boleh baca komen-komen menarik di malaysiakini :-http://www.malaysiakini.com/news/154247
komen dari seorang pembaca : tamadun cina pun tidak pernah ada unsur berjabat tangan
begitu juga tamadun hindu.
jadi, dari mana kita ceduk ni...tak lain tak bukan dari penjajah samada portugis, belanda ataupun inggeris. rasanya penjajah jepun tak ada salam-salam...
to all men, see no touch, ok?
No comments:
Post a Comment