Patik pekerja-pekerja makan gaji pada suatu hari telah dijemput ke program khas "'gugusan 1Y" di sebuah negeri di pantai timur yang bukanlah negeri patik...maka terpaksalah patik bergerak beratus-ratus kilometer pada malam sebelumnya supaya dapatlah mematuhi arahan tiba awal pagi...
sebaik ucapan penceramah pertama saja patik dah diserang sembelit menahan sabar melihat dakyah fahaman nasionalis lagi racist yang menyempitkan dada...
rasanya jam-jam yang berlalu itu adalah pergerakan jam yang paling perlahan dan menyeksakan kerana terpaksa menahan telinga mendengar propaganda-propaganda yang menjangkakan audience di depan ini mangkuk lagi kayu...
apa kala masuk ke gelanggang kedua, patik menahan rasa nak muntah kerana mendengar bicara nasionalis-nasionalis ini...mereka
a. begitu sayang dengan utusan msia hanya kerana ianya surat khabar melayu? ahli yg kunun äkademician" ini tidak faham kenapa akhbar penghasut, racist lagi penipu ini dibenci...
b. rakyat melayu kena ikut macam rakyat jepun tetapi pemimpin melayu tak pula ikut style pemimpin jepun yang mengundur diri jika tak deliver...
c. mengagungkan bangsa tetapi sedikit pun tidak mengagungkan agama
d. mengatakan nasib baik israel ambil palestin, jika dia ambil malaysia tak tahu nak jadi apa....tidakkah dia tahu bumi palestin itu telah dimuliakan Tuhan dan para Nabi?
.... dan banyak lagilah brainswashing statements yang cuba disumbat ke dalam telinga mangsa-mangsa jemputan kursus yang dipaksa datang ini....
tidakkah kamu semua tahu, inilah yang menyebabkan rakyat membenci kamu kerana ketagih pujian dan undian? kerana kamu ketagih orang mengenang budi? padahal apa yang kamu buat hanyalah amanah yang terbeban kerana kamu beria-ia menjadi ketua?
tidakkah kamu tahu, pemimpin yang beriman berkorban harta dan nyawa untuk tanahair dan bukan menggendutkan perut dan melawakan rambut?
tidakkah kamu tahu bahawa islamlah yang menguatkan melayu, tanpa islam melayu sesat menyembah batu?
dalam program-program ceramah, aku suka tengok muka penceramah yang bersih, berseri...rasa sejuk je kan? apa dia cakap, macam 'masuk'aje... tapi kalau penceramah2 tu riak muka macam "mendung", cengeh lagi tak de seri, sapa nak dengo...
tu je aku nak 'vent' dalam entry ni...antara hari paling teruk dalam sejarah kerjaya aku dipaksa pergi ke program macam ni...it's so unprofessional to campaign during office hours using official platform!
3 comments:
Errr...ini benda yang diwajibkan oleh Kompeni ke? Macam tak caya je...memang unprofessional.
dengar kata kat IP ada 3 round...muahaha
Kanda rasa adinda buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih, kalau ada, dan datanglah cepat-2 ke jepun ;-)....btw kenapa depa suruh ikut orang jepun, orang jepun walaupun maju tapi majority tak ada AGAMA langsung! maknanya tujuan hidup di dunia macam haiwan dan binatang aje...
Post a Comment