Mar 14, 2012

Sayangnya kat awak!

Since balik dari Melbourne kelmarin (akan tulis dalam next entry, insya ALlah), dah rasa kurang sihat.  Surely after 3 nights away from home, banyak perkara kena buat di rumah especially bab kain baju dan mengemas.
tak masuk lagi car seat yang kena basuh sebab kena muntah Hamza dalam perjalanan..

Malam tadi, abi bagi ubat loratadine, ubat yang agak mengantukkan.  i love this ubat, good for selsema, telan sebiji and tidur, insya Allah - lega. Tapi semalam ada hal so tak dapat tidur awal jugak huhu...

Pagi ni bangun - situation tak berubah. Pening, sakit sendi2...so hantar message kat kawan2 seusrah, mintak excuse malam ni boleh tak kita tangguh usrah...huhu...sangat rasa bersalah kerana sebab sakit sikit. ujian kecik aje, tapi bagi alasan tak boleh usrah...sahabat-sahabat balas dengan doa dan suruh berehat aje...:)

dari pukul 11, Hamza & me slept in sampaaai pukul 2! baru lega sikit...tapi, baru perasan, nasi tak masak lagi, kain belum sidai, sink penuh, bilik2 belum kemas...tak tau mana nak mula! huhuhu...
Dengan malasnya, capailah beberapa biji kentang dan rebus untuk buat baked potato. Harapnya resipi ni lepas sebagai our lunch, alas perut budak-budak bila balik dari sekolah AND dinner. 

Tiba-tiba...pukul 3 dapat message dari salah seorang sahabat..."nanti k. Rin hantar sup ayam kat rumah fizi ya?" bestnya!! termampu ku jawab dengan "jzkk (jazakillahu khair - smg ALlah membalasmu dgn kebaikan), kak, heart, heart, heart"...


sup yang sangat SEDAP! satu periuk k. Rin hantar...wahh!

Nothing beats a yummy hot chicken soup bila demam...nothing beats ukhuwwah yang terjalin lillahi ta'ala.
Her thoughtful gesture really made my day.
May Allah reward your kindness, k. Rin.

Anyways, my baked potato siap only at 4.30pm...alhamdulilllah ada sup, dapat lah budak2 makan sementara tunggu masakan maknya yang lambat siap...huhu


No comments: