Apr 27, 2012

Pukul berapa datuk harimau?

Baru-baru ini, Allah telah mempertemukan aku dengan seorang kawan.
Dalam sembang-sembang, kami mengajak beliau mengikuti usrah.
Dia sangat excited dan berkata telah lama dia hendak ikut usrah...:)
Sedihnya, dia mengatakan ketika zaman student dulu, banyak kali dia minta untuk join usrah, tetapi tak 'diterima'...pelik juga aku mendengar perkara ini.
Alhamdulillah, teman baru ini tidak mempunyai persepsi negatif yang berpanjangan. 

Peristiwa ini mengingatkan aku kepada situasi hampir serupa satu masa dahulu..
Aku pernah bertanya dengan seorang teman yang aku kenali dengan agak baik, dengan soalan yang sama...
"Nak usrah, tak?"
Namun, jawapannya - belum bersedia.

Aku meyakini, bahawa hidup ini adalah terlalu pendek untuk kita bertangguh dalam perkara-perkara yang baik.
Aku meyakini juga syaitan sering memperdayakan manusia tentang masa.

Abah pernah berkongsi satu tazkirah denganku.
Biasalah, abah akan selalu mengingatkan aku dalam nada jenaka...

Jika umur manusia disamakan dengan jam (analog)..
Dan jika purata umur manusia adalah 60 tahun, maka setiap 1 jam pada muka jam adalah mewakili 5 tahun.
Pukul 1 adalah usia pra-sekolah.
Pukul 3 adalah usia remaja
Pukul 6 adalah kedewasaan.


Bagi aku yang menghampiri usia 40 tahun, maka jam kini telahpun menunjukkan pukul 8.
Abah bergurau, mengatakan umurnya kini pukul 11.30...tinggal beberapa minit lagi menghampiri pukul 12.
Aku membalas, jangan risau Abah, u will be around another 20 years at least! Tapi sebenarnya aku jawab untuk cover, perasaan dalam hati aku...
Of course umur sebenar setiap orang berbeza. Ini cuma analogi...

Jangan kita tertipu dengan masa lepas yang dirasakan singkat.
Sebenarnya banyak umur kita telah pun berlalu meninggalkan kita...
Jangan kita tertipu dengan masa depan yang dirasakan panjang...
Dengan tidak menangguhkan prioriti dalam hidup ini..



No comments: