Nak cerita pengalaman sempena Maulidur Rasul tahun ni, ada kelainan.
Pertamanya Tadika Zubayr mintak dia pakai full suit baju melayu.
Balik dari sekolah, dia tunjuk goodies. Teacher bagi.
Ada apple, pudding, mamee (yg paling dia suka ler ni), air kotak...
Ada lagi pulut kuning, and rendang.
wah, bestnya.

Seronoklah birthday Nabi ek? Rasanya memang Zubayr appreciate hari lahir nabi ni special.
Tahniah kat cikgu2 tadika zubayr.
Tahniah kat cikgu2 tadika zubayr.
walaupun tak nampak Nabi, kita sayang Nabi.
Kalau boleh, mesti nak ikut macam Nabi.

BAKIT HQ pula organise convention di Sudara Beach Resort, Tok Bali weekend lepas.
Wakil BAKIT pahang ada 7 orang. Sempena Maulidur Rasul, kami pilih nasyid Salamun 'Alaika untuk malam persembahan. Merasalah Umi main kompang. tapi main pukul aje la. Entahlah betul ke tidak..

Ni gambar kami lepas persembahan. Dari kiri k. Azizah, k. Noridah, Hjh Faredah, Hjh Latifah, K. Shima dan Pn Eawiah. Teringat zaman student dulu2 - main kompang jugak, lagu Khabaran Rasul; 1997, MSM Winter Camp. Memories...
Konvensyen BAKIT ni bertajuk, 'ke arah pembentukan insan rabbani'. antara penceramah ialah pengetua maahad muhammadi, ust zainuddin. terkeluar (sikit je) air mata umi dengar cerita best student dia, madihah yang menyalin kamus yang dipinjam dari kawan, kerana tiada duit nak beli kamus. kekurangan dirinya berjaya ditukar menjadi kekuatan! subhanallah...
Satu lagi ilmu yang menarik ialah detail tentang alam-alam selepas mati by another ustaz.
Dia buat macam workflow / process chart apa jadi lepas mati. ada barzakh, mahsyar, tunggu bicara, terima buku, timbang, titian sirat...kemudian 2 cabang destinasi samada syurga atau neraka.
Perjalanan balik especially kat Tok Bali - memang mengujakan! Pemandangan yang betul-betul menyejukkan mata. Negeri-negeri Selangor ke Pahang kena surrender bab pemeliharaan alam sekitar; sungai mereka warna teh tarik. Menyusuri Jalan Pantai, laut di kiri jalan...ada sungai2 yang membiru & ada yang sparkling, bersih...daun2 pokok menghijau mencecah air, bot-bot ikan berwarna-warni....reflection memang cantik...tak ter-explain. dalam Quran ada sebut, syurga ada sungai-sungai. Ada sungai susu, sungai madu, sungai arak...boleh ke bayangkan cantiknya lebih lagi???
Sambung cerita : Perjalanan balik ni memang banyak kali stop - : minum air tebu kat tok bali (plus nak confirm direction dengan taukeh air), then jajan di petronas, dadih & air kelapa, lunch di KT, solat di masjid geliga (projek Abah), dinner in cherating, fuhh..berholiday di jalanraya...belum campur stop untuk hamza's every 2-hour feeds. And tu tak berhenti nak beli tembikai2 yang besar2, banyak dijual di tok bali dan daerah-daerah yang kami lalu. Dengar kata RM1 sekilo je.

Ni gambar Abang-abang menikmati siakap masam manis.
alhamdulillah, akhirnya tiba di rumah jam 9.30 malam.
Insya Allah, akan ku usahakan trip ke kelantan lagi, next time!
ku doakan kelantan terus makmur...baik makanan untuk perut, juga makanan untuk jiwa....
2 comments:
Fuyoo.. tak tau ko ada bakat main kompang ye? hehe.. Drive sorang2 from Kuantan-KB-Kuantan ke?
tak de bakat..bunyi macam hujan lebat campur guruh... :) yes, drive sendiri..tapi best!
Post a Comment