Memuncak semangat kebangsaan rakyat Malaysia dengan kemenangan bola sepak Piala AFF Suzuki baru-baru ni. Penuh dalam Facebook status update - gembiranya dengan kemenangan 4-2 malam ni. Kira oklah, sports aje ni. Nothing more.
Sebut tentang negara Indonesia - teringat satu peristiwa, baru sahaja berlaku di satu program baru-baru ini. Di luar dewan mesyuarat, ada pelbagai gerai jualan.
Salah satu gerai menjual buku-buku tarbiyyah import dari Indonesia.
kalau tengok tajuk-tajuk buku dari seberang, memang menarik & macam-macam ada.
Siap duit aje lah.
Datang seorang pengunjung bertanya pada adik yang menjual.
Aku sekadar berdiri di sebelah sambil melihat buku di sudut meja.
"Buku-buku apa ni, dik? Buku dari Indon ya?" kata perempuan berumur dalam 40-an tu, sambil membelek-belek buku di atas meja jualan.
Aku menyedari perkataan "Indon" yang digunakan memang agak kurang sedap.
Tapi biasalah kalau kita dengar, biasanya buat donno aje..
tapi adik yang menjual tu menjawab, "Ya, puan, ini buku ikhwah (saudara lelaki) akhawat (saudara perempuan) kita dari Indonesia".
Sekali imbas macam jawapan biasa. Tapi jawapan itu tersirat teguran membetulkan kesilapan. Walaupun adik ni muda lagi, aku rasa masih student lagi ni tetapi jawapannya penuh hikmah! Respek.
Orang Malaysia termasuk yang melayu islam kita ni mudah menggunakan perkataan indon, bangla, paki dan sebagainya...adakah kerana kita merasa diri kita ini superior?
bukankah kita semua dicipta oleh Tuhan yang sama?
1 comment:
Salam Mommy,
Nak invite Mommy untuk join contest dan menang cute slogan tees for your kids sempena pelancaran blog kami!
Thanks ya.
mykedaibaby.blogspot.com
Post a Comment