
untuk kenangan, Umi nak rakamkan beberapa gambar istimewa pertemuan dengan k. Not, naqibah Umi semasa zaman students, dan Sham, room mate tahun 1996-98! Seronoknya, k. Not ikut balik dan bermalam di Melawati, sesuatu yang jarang dibuat di malaysia. Kalau masa students dulu aje yang biasa keluarga2 tidur rumah sahabat! (1997, sewaktu umi practical di cambridge untuk 2 bulan, rumah sewa di london tak ada lagi. jadi, rumah k. Not lah tempat kami "bersidang" setiap hujung minggu.) Seronoklah dapat bersembang puas dengan k. Not.

Juga gambar sebaris perwakilan dari pahang. mungkin tahun ini kali terakhir Umi menjadi 'ketua' wanita jim pahang. leganya hanya satu sessi. :) terasa berat beban amanah sepanjang dua tahun yang lepas. bagaimana pulak mereka yang dah bertahun-tahun.
bagi yang melihat mungkin mudah untuk mengkritik. lepas ni kena belajar kurang mengomen, kerja lebih banyak dari masa yang ada!
insya Allah, doaku, dakwah & tarbiyyah di pahang akan lebih mantap & exciting, di bawah ikram!
seperti biasa, umi bawa balik souvenirs program. Ada mug ikram yang special, rm 10 je satu, boleh buat cenderahati program ikram di pahang. jugak beli 1 key chain & collar pin ikram untuk abi. collar pin aqsa syarif pun ada. Istimewa jugak, ada marshmallow halal yang sangat sedap, tangkap 3 bungkus untuk budak2 kat rumah...
Oh ya, umi beli 3 buku tulisan penulis hebat ahli JIM iaitu :-

1. Kasih Terpilih by ukht Arash a.k.a Ummu Itqan (tengah baca - best jugak ni. tetapi dah lama tak baca novel. banyak beno novel di pasaran sekarang. Habiburrahman Shirrazy dah set a certain standard - tapi rasanya buku kasih terpilih ni memang setanding, if not better! :)
2. Buku 'masih panas dari dapur' (hot from the oven) : Dakwah & Harta oleh Ustazah Maznah Daud (ketua wanita IKRAM) - menjawab persoalan apa bezanya infaq & sedekah. Amat elok untuk dibaca.
3. Jadi Anda Mahu Menulis? - k. Ummi Kalsom Ngah. Yang ni belum sempat bukak lagi. harapnya penulisan dalam blog ni improved sikit lepas penulisnya baca buku ni.. tak ler bahasa bercampur rojak sangat... :)

Dapat peluang bergambar dengan kak Ummi yang sangat anggun & peramah. harap-harap satu hari nanti kita boleh menulis macam kak Ummi. :)
Antara sebab seronoknya berada dalam jamaah yang ku kasihi ini, ramainya kakak-kakak yang baik2 dan ukhuwwah yang menyegarkan perasaan. always have good memories and great feelings each time balik program. nikmat yang tak ternilai.
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di jalanMu...Ameen.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Al Anfaal ayat 63)
No comments:
Post a Comment