Dec 30, 2010

Kelip-kelip, Rumah Api dan Meriam Kuala Selangor

Tahun 2010 dah sampai ke penghujungnya...tak tahu kenapa, semacam tak sabar tunggu 2011.

25 disember, Umi & Abi mewakili IKRAM Pahang ke Mesyuarat JK Media IKRAM di Putrajaya. Selesai mesyuarat, tidur satu malam lagi di Kinrara. Esoknya, bertolak ke Sabak Bernam untuk walimah Taqi & Salwa. Seronok juga jalan-jalan di kawasan ini. Walaupun mengaku anak Selangor, tapi tak pernah sampai to this part of Selangor.
Below is my willing model, bergambar dengan pokok betik depan rumah jiran Taqi. This place reminds me so much of kampung Mak di Benut, Pontian... the smell, the tanah, the parit, the sawit. cuma rumah-rumahnya dah banglo-banglo batu...

Apapun, '..barakallahu lakuma wa barak 'alaikuma...wa jama'a bainakuma fil khair..'! untuk kedua-dua pengantin. :)


Oleh kerana jarak Sabak Bernam tak tersangka jauh begini, maka last minute decide untuk bermalam dahulu sebelum bertolak balik ke Johor. Lagi pun tarikan kelip-kelip Kg Kuantan agak kuat. lagi sekali program cuti2 malaysia yang tak dirancang :)

Lepas check in dan bersiap di De Palma Inn Kuala Selangor, terus ke Kg Kuantan. Kalau ikutkan, kelip-kelip ini ada waktu malam aje sehingga pukul 11. Penyambut tetamu De Palma tu macam dah hint aje bertolak awal ke Kg Kuantan.

rupanya memang betul kena datang awal, sebab popular juga tempat ni. Menurut kata tukang sampan, sampan ada lebih kurang 30 buah tetapi satu sampan, muat 4 dewasa sahaja. Tak sangkalah sampai kena beratur nak tengok kelip-kelip. mungkin hari kami datang waktu peak / musim orang bercuti.


Memang seronok – pengalaman naik sampan dan bermain air sungai. Dalam gelap tu, nampak air sungai yang sekeliling sampan aje. Jauh sikit, tak nampak apa-apa…gelap gelumat.
Agak-agak ada buaya ke tak…he he. Jarak dari jeti ke tempat kelip-kelip tu dekat aje.



kawasan yang banyak kelip-kelip ini adalah kawasan di mana pokok berembang tumbuh meliar dalam sungai. Dan kelip-kelip ini hanya suka hinggap di pokok berembang. Menurut Pengayuh sampan tu, di kg kuantan ini aje ada pokok berembang, jadi kat sini ajelah yang ada kelip-kelip...! alhamdulillah, jadi sumber rezeki pula kehadiran kelip-kelip di kuala selangor.

Cantik betul kelip-kelip yang keluarkan cahaya tak berhenti-henti… macam pokok krismas tapi pokok berembang ni lagi tinggi dan kembang/menjalar. Memang berbaloi lah trip ini kerana puas tengok cahaya dari ribuan kelip-kelip ni. harganya hanya RM 10/seorang atau RM 40/sampan, jadi well-recommended!

Cuba ambil gambar, tetapi tak dapat sebab gelap sangat.


The beautiful lights of fireflies on berembang trees will be forever in our memories…!
Esok paginya, selepas sarapan pagi, kami terus ke Bukit Malawati.

Umi dah tinggal di Taman Melawati hampir 20 tahun, inilah pertama kali pergi ke Bukit Malawati. :) Untuk yang tak familiar, walaupun nama hampir sama, kedua-dua tempat ini jauh jaraknya! (Hmm, Stadium Malawati kita belum sampai lagi...kat mana agaknya tu)


Apa yang menarik di Bukit Malawati?
Pertama - pemandangan laut dari puncak bukit Malawati.
Kedua - ada rumah api.

Dan ada juga tempat untuk tengok anak bulan.



Ni kut first time gi tengok rumah api dari dekat. Tapi berkunci dan tak ada tanda-tanda boleh naik ke atas... kalau boleh naik, memang ultimate holiday lah rasanya!



Ada juga meriam2 yang diletakkan mengadap laut (tapi rasanya meriam hiasan aje), dan pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah di situ ada banyak monyet! Ada lebih 30 ekor rasanya. Bergayut di pokok, naik atas kereta, berkeliaran...
Ada 2 orang penjual kacang panjang yang boleh dibeli untuk kita beri pula kepada monyet-monyet ni. Wah, takut ler nak beri, nanti kena serbu!



Tapi tak ada pulak monyet-monyet yang serbu tong kacang panjang tu...walhal diorang berapa puluh ekor ada situ...jadi mereka ni bukanlah monyet yang liar, i suppose...?

Galeri pameran di Bukit Malawati ni rupanya ditutup hari Isnin.
Jadi masa dihabiskan dengan model-model kita berposing di sekitar kawasan tersebut.




Sumayyah dengan pemadam api beroda...



Finished touring Kuala Selangor, off we went to johore for some quality time with my MIL and SIL. the past 5 days & 5 nights of kinrara-putrajaya-kuala selangor-kempas trip has been awfully tiring. but rewarding. alhamdulillah...

3 comments:

Wa@Wawek@Siti ;) said...

pandainye sumayyah berposing! ikut sape lah tu..huhuhu.. :p

Along said...

Stadium Malawati kat Shah Alam, dekat je ngan rumah my parents. Hehehe...

Bestnya pi tengok kelip2...nak jugak la pi. Ni dok sibuk nak pi bercuti oversea, padahal negara sendiri pun x habis terokai. Oya, Sumayyah sangat hebat berposing...hehehe..dah macam anak dara habis dah!

GM said...

Wa - cita-cita nak jadi actress...jgn marah.. :)

ALong - Shah Alam? What is it behind the name 'Malawati'..? TQ for the compliments, ek. pasti happy kak yah saya.