Jul 12, 2011

Bersih - What do you think?

Been following interesting comments in blogs/web on Bersih.
Terkejut juga ada yang muda-muda tetapi anti-Bersih!
Huhuhu...kalau jenis tak pandai bukak internet ke, bolehlah diterima... Tapi, yang muda belia, internet savvy pun, masih jugak percaya berita berat sebelah Utusan, Berita Harian, Buletin Utama...

Sebelum nak menghalau orang-orang yang pergi ber-demo tu  keluar dari negara ni, menuduh mereka ganas, gila dsb..., dicadangkan supaya...

1. dengar pendapat Ust Zaharuddin Abd Rahman tentang Halalnya Demonstrasi. Demonstrasi adalah pakej demokrasi.
2. check dalam perlembagaan bahawa adalah menjadi hak rakyat malaysia untuk bebas bersuara, berhimpun dengan aman
2. check balik fakta yang Agong sendiri nak jumpa group tersebut, siapa kita nak halau mana2 rakyat Malaysia keluar dari negara ini?
3. join lah 1-2 demo yang 'aman' macam palestin ke, baru tau best dan ok je ber-demo ni. it's good to strengthen our conviction on something that we really believe in. stand out and be counted.
4. check balik siapa di belakang 60++ NGOs yang terlibat...ramai tokoh2 yang hebat takkan diorang 'gila' & 'ganas' kut??
5. bandingkan keadaan serupa di negara-negara maju, macam mana polis sepatutnya melayan group demonstrators. rata-rata, polis tidak sepatutnya memukul, mem-provoke, mengherdik, menangkap negotiator, menembak tear gas ke hospital, dan lain-lain perbuatan ganas kepada orang yang tidak bersenjata. demo palestin ok je sebab polis jaga trafik bagi laluan...
6. let go sekejap kesenangan diri sendiri, nak shopping, nak jalan2 KL during the demo hours. para pejuang dahulu korbankan diri, masa dan harta demi dakwah & agama sepanjang hidup mereka, tetapi masyarakat kita berhempas pulas fikir bab makan, main games, movies, suka rileks2 dari pagi hingga malam buta...dan tak mahu commit dengan apa-apa pun yang tak beri keuntungan diri yang segera...

sedihnya...

sekelompok manusia yang sayangkan negara melebihi sayang pada diri sendiri, tetapi mereka dihina begitu rupa & difitnah sebagai ganas pula...

"Allah swt pada Hari Kiamat akan bertanya kepada orang yang tidak berani menyampaikan kebenaran: ‘Apakah yang membuatmu tidak mahu mengucapkan (kebenaran) terhadap keadaan ini dan itu?’ Orang tersebut menjawab: ‘Kerana takut (kemarahan) masyarakat!’ Maka (Dia) berfirman: ‘Akulah yang lebih baik kamu takuti!’ " 

3 comments:

Anonymous said...

Sokong-2, ;-) sekarang ni yang dah takde demo tupperware....

NWC said...

Kita nak menuntut benda yg betul, bukannya suka2....itu pun salah ke?.....
Demo tupperware dah takda, tapi katalog masih berjalan....hihihi...(almaklum bru jd ahli)

GM said...

NWC, tq for dropping by. :)